10 TIP PERLU TAHU SEBELUM MEMANDU DI AUSTRALIA & NEW ZEALAND

3:49 AM khairi 33 Comments

Foto: Miles Holden/New Zealand Tourism
1. JANGAN WALK-IN, SEBALIKNYA BUAT TEMPAHAN ONLINE LEBIH AWAL
Sebelum tiba di Australia atau New Zealand, tempah kenderaan yang kamu gunakan secara online. Ini disebabkan majoriti syarikat kereta sewa mengenakan caj jauh lebih murah untuk tempahan online berbanding tempahan walk-in atau saat akhir. Aku pernah hampir dikenakan caj AUD100 (RM290) sehari untuk menyewa kereta di Perth sewaktu walk-in di kaunter syarikat Hertz. Yang bestnya masa di kaunter tu, staf Hertz suruh aku masuk internet dan buat tempahan di laman web Hertz saja daripada bayar AUD100. Akhirnya, dapat buat tempahan ‘last minute’ secara online dan kami cuma dicaj AUD35 sahaja iaitu kira-kira RM101!

2. PASTIKAN KAD KREDIT /DEBIT ADA BAKI UNTUK PENGESAHAN DEPOSIT
Pastikan kamu bawa kad kredit atau kad debit (macam Maybank) dengan baki sekurang-kurangnya RM500-600 di dalamnya kerana syarikat kereta sewa akan buat pengesahan deposit sebelum proses permohonan. Kalau kad kredit/debit tiada baki-kamu TIDAK AKAN dapat ambil kereta. Syarikat kereta tak ambil pun duit tu, hanya untuk pengesahan. Ini memang prosedur syarikat-syarikat kereta sewa di Australia dan New Zealand. Jadi, pastikan sebelum berangkat dari Malaysia, sekurang-kurangnya seorang di kalangan kawan-kawan yang ikut trip ni ada baki dalam kad kredit atau debit.

Foto yang sempat aku rakam semasa memandu di The Great Ocean Road, Melbourne

3. PAKAI LESEN ‘BUATAN’ MALAYSIA
Tak payah risau tentang lesen memandu. Lesen yang kamu ambil di JPJ tu sah digunakan untuk memandu di Australia dan New Zealand. Cuma di New Zealand, jika berhajat merantau ke sini lebih 12 bulan, kamu kena mohon lesen memandu New Zealand kerana kerajaan di sini mensyaratkan bukan pemastautin hanya boleh memandu selama 12 bulan sahaja.

4. KENDERAAN KECIL ATAU CARAVAN?
Tip ini sangat penting kerana ia bakal beri impak kepada bajet keseluruhan kamu. Pergi berdua? Pakai kereta saja. Jika lebih daripada tiga orang, aku syorkan pakai Caravan atau Motorhome. Penggunaan Caravan datau Motorhome lebih realistik kalau nak jimat duit sewa bilik hotel dan gunakannya untuk tujuan lain. Motorhome di Australia dengan New Zealand punyai fasiliti lengkap seperti bilik mandi dan tandas berasingan, ruang tamu, dapur memasak dan ruang tidur yang selesa. Kamu cuma perlu cari parkir di tempat yang sesuai untuk berehat atau bermalam dan sesetengah ruang parking ini dikenakan caj yang minimal.  Untuk kereta pula, kalau trip dalam kumpulan dua atau tiga orang, pakai kereta kompak saja macam Totoya Yaris atau Holden Barina. Contohnya di New Zealand, caj sewa kereta Holden dalam lingkungan RM800-900 untuk 5 hari. Kadang-kadang lebih mahal, kadang-kadang lebih murah.


5. WAJIB AMBIL INSURAN KEMALANGAN SEWAKTU MENYEWA
Di Australia aku tak risau sangat, sebab kebanyakan jalan-jalannya lurus dan tidak begitu mencabar. Tetapi di New Zealand kamu kena berhati-hati sebab banyak jalannya berbukit, sempit dan berangin. Itu sebabya bila pekerja kaunter tanya “Nak masukkan insuran kemalangan”? jawab saja “ya” tanpa berfikir panjang. Memang kos akan bertambah sedikit. Tapi apalah nak dibandingkan dengan caj insuran AUD35 dengan caj ganti rugi AUD6,000 jika korang terbabit dalam kemalangan? Jauh bezanya tu. Daripada nak jimat RM110, tak pasal-pasal kena bayar ganti-rugi lebih RM18,000!

6. JANGAN PARKIR SESUKA HATI DI TEPI JALAN UNTUK BERGAMBAR
Buat yang pertama kali memandu di Australia atau New Zealand, pasti kagum melihat pemandangan di sepanjang pemanduan. Nampak saja benda cantik mesti terus nak berhenti. Itu normal. Lebih-lebih lagi untuk kamu yang kagum dengan landskap seperti dalam filem Lord of The Rings-di New Zealand memang banyak landskap macam tu. Nasihat aku, ada sesetengah kawasan jalannya sempit jadi kalau teruja nak berhenti ambil gambar pun, jangan berhenti sesuka hati. Cari ruang yang lebih dalam sedikit untuk berhenti, lebih elok di designated areas atau look up point. Aku pernah tengok satu famili yang menyewa kereta berhenti selamba betul-betul tepi lebuhraya dengan pintu penumpang belakang yang tidak ditutup. Sikit lagi nak kena langgar dengan trelar panjang! Kalau teruja sangat pun keselamatan mesti diutamakan.


7.  GUNAKAN ALAT GPS ATAU TELEFON PINTAR
Wajib memandu di Australia dan New Zealand guna GPS sebab senang nak cari jalan. Sebenarnya, ada dua pilihan untuk kamu. Samada kongsi bersama rakan-rakan bayar duit sewa GPS atau dapatkan pakej data roaming unlimited untuk guna Waze atau Google Maps. Zaman sekarang dah senang, dalam smartphone dah ada waze. Data internet pun dah boleh beli sebelum sampai ke destinasi. Zaman dahulu, semua kena bergantung kepada alat GPS yang disewa berasingan. Kena tambah kos lagi.

8. RUJUK RAMALAN CUACA TERKINI
Terutamanya di New Zealand, kamu kena sentiasa peka dengan ramalan cuaca dan bencana, lebih-lebih lagi ketika ribut musim sejuk di kawasan berbukit. Ada sesetengah laluan berbukit akan mengalami kejadian tanah runtuh apabila ribut berlaku, contohnya di kawasan sekitar South Island iaitu dari Lewis Pass menuju ke Haast Pass. Pernah berlaku kematian akibat ada pemandu yang tak endahkan amaran ribut dan akhirnya mati dihempap rimbunan tanah runtuh. Jadi, berhati-hatilah. Hakikatnya, kalau tak memandu di kawasan berbukit pun tak boleh juga kerana di sinilah pemandangan indah yang dapat korang saksikan. Senang cerita-rancang perjalanan kamu mengikut keutamaan hari dan cuaca. 


9. BAWA PENGECAS USB SENDIRI
Duit yang ada gunakan untuk perkara yang lebih baik seperti membeli makanan atau pas masuk ke lokasi dilawati-daripada menghabiskannya untuk aksesori yang kamu boleh bawa dari rumah seperti plug socket dan pengecas USB kereta. Pengecas USB kereta di New Zealand contohnya sangat mahal!

10. AMATI PROMOSI HARGA MINYAK
Di kawasan luar bandar di Australia, kerap diadakan promosi harga minyak mengikut hari tertentu. Jika biasanya AUD4 untuk seliter pada hari biasa, hari berikutnya mungkin akan jatuh AUD3.95 -bergantung kepada promosi pada hari itu. Ambil peluang untuk isi minyak pada harga terendah kerana untuk pemanduan jauh, lagi banyak anda isi lagi banyak anda jimat duit.



33 comments:

  1. salam. bolehlah sy menyewa kereta nz secara online dengan menggunakan kad debit maybank2u? krna sy tiada kad kredit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Cuma kad debit itu perlu diaktifkan terlebih dahulu untuk kegunaan luar negara. Masa di Perth, kawasan saya gunakan kad Maybank dia tak lepas. Terpaksa gunakan saya punya baru ok :)

      Delete
  2. boleh sy tahu u pick up kereta sewa di company hertz tu ke?boleh saya tahu location tmp tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamatnya: 475 Murray Street. Di tengah-tengah bandar. Tapi sebaik saja landing anda dah boleh ambil kereta yang ditwmpah secara online di kaunter Hertz di airport. Tak perlu ke Murray Street. Jimat duit teksi hehe

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Mana lebih murah untuk ambil insuran kereta sewaktu booking online atau waktu uruaan dikaunter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat saya tiada beza caj insuran samada booking online atau walk-in. Yang beza hanya pada harga tempahan.

      Delete
  5. Saya minta izin untuk share Tips ini ke dalam blog saya dan akan bagi credit pada admin blog, boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan share dengan credit, Emie hehehe. Terima kasih!

      Delete
  6. Lesen Memandu Antarabangsa tak perlu dftar/guna ke untuk memandu di Australia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah. Bawa lesen Malaysia saja masa travel ke sana :)

      Delete
  7. kalau nak bawa caravan, boleh guna lesen kereta saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. caravan, motorhome atau kereta - guna lesen kereta yang anda ada sekarang saja :)

      Delete
  8. Sy hendak pergi ke perth 5hb 8 2016 ini..tetapi ada masalah dengan kereta sewa kerana terma dan syaratnya ialah mereka (company car rental ; hertz dll) hanya terima kredit kad sahaja..tidak boleh debit dan cash..jadi sy masih tak tau apa perlu dibuat.sy nk booking di website,tapi mereka hanya terima kredit kad.jika tiada,person yg akan hantar kereta sewa di airport itu tidak akan lepaskan kereta sewa tersebut.jadi mcm mana ya?sy tak tau apa perlu buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saya tahu, anda pergi dengan siapa ye? Setahu saya, debit card seperti cimb dan maybank boleh digunakan, kerana masa saya di Perth, saya gunakan kedua-dua kad ini dan 'lepas'. Cuma, kad maybank untuk urusan pertama saya 'sangkut' kerana baki tidak mencukupi. Saya gunakan kad Maybank kawan yang turut serta dan kemudian gunakan kada debit cimb okay saja. Tiada masalah. Pelik juga situasi tu. Dan setahu saya di Airport Perth org Hertz tak perlu hantar kereta, kerana sudaha da kaunter di situ. Sebaik embark flight, anda boleh terus ke kaunter Hertz berhampiran pintu keluar lapangan terbang untuk urusan isi borang dan ambil kunci kereta.

      Delete
    2. Sy pergi dengan wife sy..sy hanya ada bank islam debit card.jadi cara2nya ialah sy booking sahaja di website hertz kereta yg sy inginkan,kemudian sampai sahaja di airport perth,sy pergi ke kaunter hertz utk ambil kunci?kemudian guna debit card maybank wife sy pun boleh ye walaupun dia tak drive sepanjang di sana?kad debit akan dapat semula on the spot kan?maaf en hairi,1st timer..jadi bnyk yg tak tau..hehe

      Delete
  9. Thank you for sharing. Boleh saya tahu berapa baki minimum yang perlu ada dalam debit card sewaktu pengesahan deposit? Sebab sewaktu saya booking online dalam website sewa kereta tersebut, terma nya ada menyatakan perlu membayar NZD 2500 sebagai deposit/excess dan akan dipulangkan semula sewaktu drop off. Betul ke jumlah deposit sebanyak NZD 2500 diperlukan? Boleh beri penjelasan sikit tak tentang perkara ni?

    ReplyDelete
  10. Thank you for sharing. Boleh saya tahu berapa baki minimum yang perlu ada dalam debit card sewaktu pengesahan deposit? Sebab sewaktu saya booking online dalam website sewa kereta tersebut, terma nya ada menyatakan perlu membayar NZD 2500 sebagai deposit/excess dan akan dipulangkan semula sewaktu drop off. Betul ke jumlah deposit sebanyak NZD 2500 diperlukan? Boleh beri penjelasan sikit tak tentang perkara ni?

    ReplyDelete
  11. Tumpang tanya, sy dgar lesen kita kena tukar kpd english version, cmner ye.. Atau pki ja yg lesen BM kita ni di sana

    ReplyDelete
  12. salam. nak tanya jalan dekat sana berbukit sangat ke macam dekat sabah atau bukit putus? atau jalan2 kg. thanks

    ReplyDelete
  13. salam, nk tanya pasal cagaran bond, brapa lama baki bond yg ditolak dicreditkan balik ke dlm akuan bank ?

    ReplyDelete
  14. Terbaik lah tips. Teringin juga bercaravan 1 hari nanti. ❤

    ReplyDelete
  15. Hai nak tnya telco msia mmg tak valid ye kat Australia

    ReplyDelete
  16. Hi saya nk tanya, selepas pulang kereta di hertz, anda dpt balik tak deposit tu?

    ReplyDelete
  17. Assalam..sy pon sama mcm brader iman kt atas tu..mmg sy prasan dia akn hold duit dlm kad amaun 2000nzd..cuma kita bleh amek zero access insurans(mahal sket)..so bleh bg penjelasan sket..dia akn hold total access amount ker..klu amek zero access mcm mna pula..adakah dia cma preauthorised saja tp xhold sum amount of money

    ReplyDelete
  18. Salam. Saya nak tanya kalau lesen memandu tamat tempoh semasa berad di Australia bagaimana ya nak renew?

    ReplyDelete
  19. Kepada semua, kad2 debit CIMB & Maybank boleh saje digunakan di Australia, tetapi silalah 'ACTIVATE' status kad ke Pengunaan luar negara, boleh dibuat on Line atau di ATM machine di M'sia.
    Untuk sewa kereta, motorhome silalah adakan baki Aud250 sekurang2nya (250 x 3.3)
    Guna je lesen memandu Malaysia. Lesen memandu Malaysia laku diguna-pakai disemua negara Commonwealth. X perlu pergi translate ke English. Tetapi kalau ragu jugak, buatlah translate sendiri dibawah lesen yg di fotokopi & dapatkan stamp commissioner of oath.

    ReplyDelete
  20. Helmi Shafiq. Dimana ada akan pergi di Australia? Kalau lesen Msia luput, di Melbourne bolehlah ke General Consulate utk dapatkan permit sementara. Di Canberra juga ada Msian Embassy. Tempat lain x pasti. Untuk memudahkan, apply lah international driving licence, boleh guna serata dunia, sebagai back up

    ReplyDelete
  21. Saya dah booking kereta utk trip ke Melbourne 8 September ni.. Port ambik kereta kat Airport.. So nanti lepas sampai ada wakil agensi sewa kereta akan dtg or kena g kaunter kereta sewa?

    ReplyDelete
  22. Selamat pagi tuan saya nak ke perth pada 26/8/2019, Boleh kah saya gunakan lesen Malaysia yg ada sekarang ?

    ReplyDelete