TRAVEL SOLO: TREND BAHARU PENGEMBARA MUDA

Dengan waktu kerja yang lebih panjang, kekerapan berhubung secara digital dan tanggungjawab yang semakin bertambah, tidak hairanlah semakin ramai orang memilih untuk mengembara secara solo bagi menghilangkan tekanan.

Menurut kaji selidik daripada Agodasalah satu platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang di duniapara pelancong memilih untuk melancong secara solo untuk berehat daripada ketegangan kehidupan moden.

Kaji selidik Agoda `Trend Kembara Solo 2018’, dijalankan oleh YouGov, mendapati berehat dan masa untuk menenangkan diri adalah pendorong nombor satu bagi percutian solo di seluruh dunia (61%), berbanding 48% yang melancong bersama kawan-kawan. Pengembara solo yang disoal selidik juga menyatakan lari dari rutin (52%) dan meneroka budaya baharu (45%) sebagai pendorong utama.

Jurang usia antara pelancong solo Asia dan Barat
Menariknya, pelancong solo Asia lebih cenderung berusia lebih muda  Millennial (41%) dan Generasi Z (38%) – manakala di Barat, perjalanan solo lebih digemari oleh Baby Boomers (39%) dan Generasi X (24%).

Pelancong solo Barat lebih cenderung melakukan kembara solo untuk tempoh yang lebih lama, dengan kekerapan 4-7 malam (34%). Di samping itu, pelancongsolo Barat adalah dua kali ganda akan melakukan perjalanan yang melebihi 14 malam (20% berbanding 10%). Pelancong solo Millennial dan Generasi Z dari Asia lebih suka tempoh pendek 1-3 malam sahaja (46%).

Lebih Banyak Guna Gajet
Tidak memeranjatkan, pelancong santai solo meluangkan lebih banyak masa di hadapan komputer riba dan telefon mereka berbanding jenis pengembara lain – dua sejam sehari (119 minit), yang dibandingkan dengan 15% lebih banyak masa apabila pelancong mengembara bersama kawan-kawan (100 minit) dan 26% lebih banyak masa berbanding mengembara bersama ahli keluarga (86 minit).
Pelancong solo Asia adalah yang paling disambung secara digital dan adalah lebih dua kali ganda lebih mungkin akan menghabiskan empat jam atau lebih sehari di hadapan skrin mereka berbanding rakan sebaya mereka di Barat (31% berbanding 12%).

Bangkok Pilihan Utama 
Sama ada untuk urusan perniagaan, perjalanan bersantai atau b-leisure gabungan business dan leisure travel)pelancong solo bebas kesemuanya menuju ke bandar-bandar kosmopolitan di seluruh dunia. Menurut data tempahan Agoda, Bangkok (Thailand) adalah destinasi utama bagi pelancong solo Asia tahun ini, manakala London (United Kingdom) adalah nombor satu bagi pelancong solo Barat. Kedua-dua bandar itu memiliki banyak tarikan untuk pelancong solo nikmati, daripada membeli-belah dan hiburan malam hinggalah kepada kebudayaan dan keenakan makanan.

Tokyo (Jepunadalah pilihan yang popular bagi pelancong Asia dan Barat, dipilih dalam pilihan tiga teratas bagi kedua-dua kumpulan. Dengan pelbagai juadah, budaya dan pilihan penginapan, dari hotel kapsul hinggakediaman dan resort mewah 5-bintangkota ini menawarkan begitu banyak pilihan untuk setiap jenis pelancong solo.

Destinasi Utama Pengembara Solo 2018 
Rank
Pengembara Asia
Pengembara Barat
1
Bangkok, Thailand
London, United Kingdom
2
Kuala Lumpur, Malaysia
Tokyo, Jepun
3
Tokyo, Jepun
Sydney, Australia 
4
Singapura
Melbourne, Australia
5
Hong Kong
New York (NY), Amerika Syarikat (AS)
6
Ho Chi Minh City, Vietnam
Bangkok, Thailand
7
Manila, Filipina
Los Angeles (CA), AS
8
Bali, Indonesia
Las Vegas (NV), As
9
Jakarta, Indonesia
Singapura
10
Chiang Mai, Thailand
Paris, Perancis

13 JENIS PLAG & SOKET KENA TAHU SEBELUM KE LUAR NEGARA

Oleh: Hafedzullah Hasan

Kenali padanan plag dan soket yang bakal digunakan di negara yang bakal kamu lawati. Nampak remeh. Namun, kalau tak bersedia, kamu akan buang masa dan wang kerana perlu mencari plag atau terpaksa pinjam daripada teman sebilik.

Jenis plag dan soket berbeza-beza mengikut negara disebabkan oleh beberapa faktor seperti aliran kuasa elektrik, identiti negara, penjajahan da penyelarasan negara itu sendiri terhadap plag dan soket yang digunakan.

Jom Tengok soket dan plag mengikut negara-negara yang ada di dunia.

JENIS 1



Negara: China, Jepun, Amerika Syarikat, Filipina, Arab Saudi, Taiwan, Vietnam, Cambodia, Malaysia (peralatan elektrik tertentu sahaja), Thailand, Maldives dan Canada.

JENIS 2


Negara: Jordan, Laos, Jepun, Taiwan, Thailand, Amerika, Arab Saudi, Vietnam dan Filipina.

JENIS 3


Negara: China, Denmark, Mesir, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Myanmar, Nepal, Norway, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Pakistan, Iran, Malaysia, Sepanyol, Afrika Selatan, Sweden, Thailand, Timr Leste, Turki, Bangladesh dan Vietnam.

JENIS 4


Negara: India, Nepal, Sri Lanka, Namibia, Hong Kong, Myanmar, Nepal, Pakistan, Afrika Selatan dan Macau.

JENIS 5


Negara: Denmark, Republik Czech, Perancis, Belgium, Poland, Timor Leste, Perancis dan Mongolia.

JENIS 6


Negara: Denmark, Mesir, Indonesia, Iran, Itali, Korea, Laos, Macau, Portugal, Jerman, Belanda, Sweden, Thailand, Timor Leste, Vietnam, Norway, Romania, Sepanyol, Rusia da Turki.

JENIS 7


Negara: Malaysia, Britain, Ireland, Brunei, Bangladesh, Cambodia, Hong Kong, Macau, Jrda, Iraq, Myanmar, Pakistan, Qatar, Saudi Arabia dan Sri Lanka.

JENIS 8


Negara: Australia, New Zealand, China, Argetina da Timr Leste.

JENIS 9


Negara: Switzerland, Jordan dan Maldives

JENIS 10


Negara: Bangladesh, Denmark dan Maldives

JENIS 11


Negara: Itali, Maldives dan Syria.

JENIS 12


Negara: India, Macau, Malaysia, Nepal, Pakistan, Singapura dan Sri Lanka

JENIS 13


Negara: Brazil dan Afrika Selatan



LUXSNA RESIDENCE – HOTEL KOLAM RENANG BAWAH RM100 SIAP DENGAN BREAKFAST DI HATYAI!

Tercari-cari hotel untuk famili yang ada kolam renang di Hatyai? Luxsna Residence adalah pilihan tepat kerana bukan sahaja ada kolam renang dan biliknya luas. Malah harga yang ditawarkan pun berpatutan.

MUDAH DIAKSES
Terdapat banyak hotel di pusat bandar Hatyai. Tetapi lokasi yang sesak dengan pelancong kadang-kala membuatkan kita ‘lemas’ dan kurang selesa untuk bergerak.  Berbeza dengan Luxsna Residence, penginapan yang mula dibuka untuk tempahan pada 15 ogos 2017 ini sedikit tersorok namun masih boleh diakses dari pusat bandar melalui jalan utama Phetkasem Road.
Bilik Standard
 Laluan masuk ke penginapan ini juga luas dan sesuai sekiranya anda datang ‘berkonvoi’ dengan beberapa biji kereta.  Saya bersama isteri dan dua anak duduk di bilik Standard sahaja. Biliknya besar, siap ada balkoni dan light breakfast – semuanya pada harga RM95 sahaja semalam!



Bangunan penginapan empat tingkat ini terbahagi kepada dua bahagian yang dipanggil wing. Sehingga artikel ini ditulis, hanya wing pertama beroperasi dengan 25 buah bilik ditawarkan. Apabila siap sepenuhnya, Luxsna Residence bakal membuka sejumlah 41 buah bilik.

Setakat ini, tiga jenis bilik ditawarkan iaitu Standard Room, Twin Bed Room dan dua bilik jenis Room with Pool Access. Di aras satu, ditempatkan ruang membaca, gimnasium mini serta kolam renang. Nampak dari luar tidaklah besar mana hotel ini. Namun, masih boleh menempatkan sebuah kolam renang dengan kedalaman air sehingga 1.4 meter.

Semua bilik dilengkapi kemudahan asas seperti penghawa dingin, balkoni dan juga mini bar. Menariknya, setiap tempahan di hotel ini yang menggunakan Online Travel Agent (OTA) akan diberikan sarapan ringan percuma – roti, megi cup (halal), kopi dan teh. Walaupun masa tempahan tidak diberitahu, pelanggan akan dapat sarapan percuma ini.  

Siap ada mini garden!

BOLEH BUAT BBQ TEPI KOLAM
Ruang berhampiran kolam renang boleh digunakan untuk sebarang majlis seperti acara jamuan barbeku (halal) yang pernah dibuat sebelum ini untuk lebih 50 pelanggan dari Malaysia.

Apabila menginap di Luxsna, anda tidak akan mempunyai masalah untuk berkunjung ke tarikan-tarikan pelancongan yang ada di Hatyai seperti Gim Young Market, Khlong Hae Floating Market, Hatyai Plaza dan banyak lagi kerana jaraknya tidak jauh dari lokasi-lokasi ini.

HARGA BILIK
  • 750 baht (RM95) untuk Standard Room (pemandangan taman)
  • 850 baht (RM106) untuk Standard Room (pemandangan kolam)
  • 950 baht (RM119) untuk Twin Bed Room
  • 1050 baht (RM131) untuk Pool Access View

ALAMAT
Luxsna Residence
99 Soi. 10/3 Phetkasem Road, Hatyai, Songkhla, Tahiland
Facebook: Luxsna Residence

Tel: 074 300777